05 August 2013

Jumpa kami di Instagram, Facebook dan Twitter

Blog MyKlik maju setapak lagi. Kini anda boleh bersama kami di Intagram, Facebook dan Twitter. Anda boleh mengetahui perkembangan kami, gambar-gambar terbaru yang dimuat naik dan lain-lain. Jangan lupa lawat laman-laman sosial ini dan cari THISISMYKLIK ... Selamat berlayar

25 March 2013

Oh uniknya Masjid kayu Seberang Jerteh

Masjid Ulul Albab adalah masjid kayu cengal yang terletak di Seberang Jerteh, Jerteh, Terengganu. Senibina masjid ini menjurus kepada senibina Melayu bercirikan Islam. Masjid ini boleh menampung sebayak 1,500 jemaah pada satu-satu masa.

Ia telah rasmikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada hari Jumaat, 24 Februari 2012.

Kos pembinaan masjid ini sebanyak RM12 juta di atas tapak seluas 0.2 hektar bagi menggantikan masjid lama yang uzur dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.

Masjid ini hasil rekaan Wan Musatafa Wan Su  iaiti seorang pengukir ternama berasal dari Besut serta Adiguru Ukiran Kayu Malaysia telah memberikan sentuhan kepada wajah masjid.

Masjid Ulul Albab lengkap dengan dewan solat, pusat sumber, kolah besar dan lanskap untuk kawasan rekreasi kepada orang ramai yang berkunjung mengerjakan ibadat di situ.

Arkitek, Ar. Ahmad Hilmy Abdullah dari AHA Architect menyifatkan ia permulaan kepada usaha menyuburkan seni bina Melayu Islam. Banyak motif songket Terengganu digunakan dalam senibina masjid ini.

Tiang dan lantai masjid tiga tingkat ini mengunakan simen dan bersalut kayu. Masjid ini mengambil contoh senibina Masjid Kampung Laut Tumpat iaitu masjid tertua di Malaysia yang dikatakan berusia lebih 250 tahun.

Lantainya ditinggikan dari paras tanah untuk mengelakkan air dan binatang daripada memasuki masjid. Bumbungnya berbentuk atap tumpang, bertingkat tiga yang meruncing ke atas untuk melancarkan penyaliran air hujan agar tidak mudah mereputkan bahan kayu.

Di antara tingkat-tingkat bumbung terdapat ruang berbentuk jendela untuk penyaliran udara dan cahaya untuk menyaman dan memberikan keselesaan manakala dinding, jendela dan jejala menepati fungsinya.

Hampir 90 peratus masjid ini menggunakan kayu cengal di samping nyatuh dan bala bagi melapisi konkrit menggunakan kaedah tebuk pasak.

Tingkat bawah masjid dijadikan dewan .Tingkat kedua adalah ruang solat dan selasar serta tingkat ketiga berfungsi sebagai perpustakaan. Turut dibangunkan dua tempat berwuduk dan tandas.

Keseluruhan bangunan masjid dilapisi dinding janda berhias manakala 12 pintu utama ruang solat dihiasi corak awan larat dan pagar mimbar mengambil motif tenunan songket Terengganu.
Ukiran ayat suci al-Quran dan doa di pintu utama masjid manakala sekeliling bumbung dikenali sebagai andam-andam dipasang dengan kaligrafi kayu.

Enam kepala tangga masjid dilakarkan dengan ukiran abstrak yang menggambarkan ombak dan penyu membawa simbol perjalanan berona yang belum terhenti dan masih jauh.

Tempayan dan gayung diletak di anak tangga untuk bilasan kaki yang mungkin mengingatkan agar langkahan untuk ke ruang sujud perlu bermula dengan jasad dan jiwa yang bersih.

Keunikan Masjid Ulul Albab atau Masjid Kayu di Seberang Jerteh dirakam ketika dalam perjalanan pulang ke KL dari Kota Bharu baru-baru ini.
Salah satu sudut pandang Masjid Ulul Albab
Keunikannya menggamit jemaah untuk datang bersujud kepada Allah dan pelancong yang berkunjung ke Besut. 
 
Masjid Kayu ini dihiasi dengan ukiran-ukiran kayu dan kaya dengan sentuhan Melayu.

Tabung masjid yang unik
Masjid Ulul Albab dari pandangan sisi.
Atap genting Masjid Ulul Albab
Ruang solat Masjid Ulul Albab

28 December 2012

Rahsia lilin....

Kadang kala kita melihat sesuatu dengan hanya sekadar melihat tanpa berfikir atau mendalami rahsia disebalik sesuatu yang kita lihat. Maka lama saya berfikir ketika merenung api-api lilin ini. Tentu ada rahsia di sebaliknya... rahsia lilin. Maka jadilah seperti ini...

Apa rahsianya? Fikirlah sendiri...